PENJODOH
BILANGAN
Pilih
jawapan yang paling sesuai untuk
diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Nenek sedang memotong buah mangga itu
menggunakan ________ pisau.
A sebilah B sepucuk
C selaras D serawan
2. Emak Nurul Huda membelikannya ________
rantai emas di kedai emas itu.
A seutas B seuntai
C sepasang D sebentuk
3. “Berapakah harga ________ jala ini, pak
cik?”
tanya Hanafi kepada Pak Malik.
A serawan B seketul
C selembar D sekajang
4. Kakak Sarimah mengambil ________ garam
lalu memasukkannya ke dalam kari ikan itu.
A sebungkus B sebutir
C setitik D secubit
5. “Saya perlukan ________ mata kail untuk
diikat pada hujung tali tangsi ini,”
kata Yusri kepada Aiman.
A sebentuk B sepucuk
C selaras D segelung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan