BERITA - Minggu Bahasa Peringkat
Sekolah
SEREMBAN , Selasa - Sekolah
Kebangsaan Wawasan telah mengadakan minggu bahasa peringkat sekolah dari 18 Jun
2016 hingga 22 Jun 2016.
Program
ini telah dianjurkan oleh Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Wawasan. Tujuan
program ini adalah untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu dan memberi
peluang kepada semua murid menyertai pertandingan berbahasa.
Sempena
minggu bahasa ini, pihak penganjur telah mengadakan pelbagai pertandingan
seperti pertandingan bercerita, mengarang cerpen, pidato, mendeklamasikan sajak
dan kuiz.
Semua
murid tahap satu dan tahap dua telah mengambil bahagian dalam pertandingan itu.
Sebelum pertandingan dijalankan, Pn.Hajah Mariyati binti Haji Sapuan , Guru
Besar sekolah Kebangsaan Wawasan telah merasmikan program ini.
Program
ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Hampir setiap acara yang
dipertandingan disertai lebih 30 orang peserta.
Pada
hari yang terakhir, telah diadakan majlis penyampaian hadiah. Hadiah- hadiah
telah disampaikan oleh Tuan Guru Besar. Murid-murid yang berjaya akan mewakili
sekolah jika ada pertandingan di peringkat daerah nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan