Dalam
mendepani arus globalisasi, Malaysia telah berjaya berdiri sama tinggi, duduk
sama rendah dengan negara-negara maju yang lain. Hal ini demikian kerana
pelbagai kemudahan teknologi yang dicipta marcapada ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan apabila manusia berlumba-lumba untuk mencipta teknologi yang
memudahkan kehidupan seharian.
Terdapat
pelbagai kepentingan prima penggunaan teknologi maklumat dalam kehidupan
manusia. Antaranya ialah memudahkan manusia untuk mendapatkan maklumat di
hujung jari terutama dalam kalangan murid. Menerusi teknologi maklumat ini,
manusia akan dapat mempelajari pelbagai maklumat keduniaan yang dapat membuka
dan meluaskan minda mereka. Selain maklumat pendidikan, kita juga dapat mencari
maklumat mengenai hiburan, isu-isu politik dan sebagainya.
Selain
itu, manusia juga dapat berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sempadan.
Pengenalan mengenai laman sosial seperti "Facebook", "Twitter",
"Friendster" dan sebagainya telah menghubungkan manusia dengan dunia
luar. Sebagai contoh seseorang yang berada di luar negara sama ada atas urusan
perniagaan atau menuntut ilmu dapat melepaskan rindu serta bertanya khabar
kepada keluarga tercinta yang berada di perantaan hanya dengan menggunakan
teknologi laman sosial.
Seterusnya,
teknologi maklumat ini juga memudahkan ahli perniagaan menjalankan aktiviti
perniagaan mereka hanya di dalam talian sahaja sekaligus dapat menjimatkan kos
dan tenaga. Aktiviti perniagaan yang dijalankan melalui talian bukan sahaja
dapat memudahkan urusan pekerja, bahkan ia juga dapat memudahkan pembeli atau
pengguna.
Akhir
sekali, manusia dapat melakukan pembayaran bil dan urusan perbankan melalui
laman sesawang sahaja. Manusia tidak perlu menghabiskan tenaga dan
bersusah-payah untuk menguruskan pelbagai pembayaran dan urusan-urusan
kewangan. Ia juga memudahkan seseorang yang terlalu sibuk dengan kerja seharian
membuat pembayaran dengan mudah.
Kesimpulannya, teknologi
maklumat yang ada marcapada memainkan peranan vital kepada setiap manusia.
Teknologi maklumat ini haruslah digunakan dengan sebaik yang mungkin kerana
banyak manfaat yang dapat kita peroleh menerusi peranan teknologi maklumat itu
sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan