KARANGAN FAKTA : FAEDAH BERSUKAN
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang
dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan
menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Hal ini
kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan. Apabila kita berakreasi seperti berbasikal, bermain badminton dan sebagainya, badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita. Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui
bersukan kita dapat
mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa
sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita
berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada
di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum
dapat dipupuk.
Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat. Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang. Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan
bersukan kita dapat
mengharumkan nama sekolah. Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita
akan dapat mewakili pasukan sekolah, daerah, negeri mahupun negara. Apabila
kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya
mengharumkan nama sekolah. Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin
bertambah.
Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan. Marilah kita bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia masyarakat yang cerdas dan cergas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan