Karangan ucapan- majlis persaraan guru
kelas
Guru kelas kamu akan
bersara tidak beberapa lama lagi. Kamu dan rakan-rakan sekelas telah
mengadakan satu majlis untuk meraikan persaraan tersebut. Kamu diminta untuk menyampaikan
ucapan sempena majlis tersebut.
Tulis ucapan kamu
selengkapnya.
Yang berusaha En Mazlan Bin Lazim
selaku guru besar, Yang diraikkan En. Azmi Bin Salleh, yang dihormati
guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi.
Terlebih dahulu saya
mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya
mewakili kelas 6 Zamrud untuk menyampaikan ucapan sempena persaraan
En. Azmi Bin Salleh iaitu guru kelas yang sangat kita kasihi.
Hari ini
merupakan hari terakhir Cikgu Azmi berada dalam kalangan kita dan menaburkan
jasa serta baktinya kepada kita semua. Sesungguhnya perkhidmatan serta jasanya
di sekolah ini sangatlah besar. Hampir setahun beliau menjadi guru kelas kami
dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu kepada kami.
Sepanjang
beliau mendidik kami, begitu banyak bakti yang telah beliau taburkan tambahan
pula tidak beberapa lama lagi kami akan menempuh Peperiksaan UPSR. Segala
bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh Cikgu Azmi akan terus
kami amalkan.
Kami amat
berharap agar Cikgu Azmi sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam keadaan
sihat sejahtera. Kami berdoa semoga Cikgu Azmi dapat menempuh usia
persaraan dengan gembira di samping keluarga tercinta.
Sebelum
saya mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun lama buat
cikgu Azmi:
Pulau Pandan jauh ke
tengah,
Gunung Daik Bercabang tiga,
Hancur badan
dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan