Berjimat-cermat Amalan Mulia
Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.
Banyak
faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh
menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu
nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti membeli
buku-buku latihan dan sebagainya lagi.
Selain
itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir
panjang sebelum membeli sesuatu barangan. Sikap seperti ini boleh
mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga
akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.
Berjimat-cermat
juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang.
Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat
dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.
Berjimat-cermat
juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin.
Sebagai contoh, mengisi masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita
sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke
klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu
akan membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.
Di
samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin
tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan.
Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti kipas,
pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi.
Kesimpulannya, kita perlu
sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup
kita. Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa
pelbagai masalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan