Air merupakan keperluan utama
hidupan di muka bumi ini. Manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang memerlukan air
untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Air ialah
sumber minuman kerana tanpa air hidupan akan mati. Sumber minuman ini boleh
didapati daripada aliran anak sungai dan diproses sebelum boleh digunakan.
Tumbuhan pula bergantung kepada air hujan supaya dapat hidup dengan subur dan
menjalankan proses fotosintesis.
Selain itu,
manusia juga menggunakan air untuk menjalani kehidupan seharian. Contohnya,
untuk memasak, mandi, mencuci dan sebagainya. Tanpa air, kehidupan manusia akan
terjejas dan akan berlakulah kekalutan untuk mendapatkan air.
Air
juga adalah sumber penting kepada para petani untuk tamanan mereka. Tanpa air,
tamanan akan kering dan layu serta terjejaslah sumber pendapatan para petani.
Manusia juga akan mendapat kesusahan kerana kekurangan sumber makanan yang
berasaskan sayur-sayuran dan bijirin.
Di
samping itu, kilang-kilang juga sangat memerlukan air dalam penghasilan produk
mereka. Contohnya, kilang yang membuat ais, minuman dan makanan. Tanpa air,
operasi kilang akan terhenti dan pastinya menyebabkan kerugian yang besar
kepada pekilang.
Kesimpulannya, air adalah sumber semula jadi yang sangat penting dan
berkaitan dengan kehidupan manusia. Namun, sebagai pengguna kita hendaklah
berjimat semasa menggunakan air supaya tidak berlaku pembaziran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan